Emas Anuar 2002

Emas Anuar yang kini dikenali ramai telah diusahakan oleh Tuan Haji Khurul Anuar. Bermula sebagai pekerja separuh masa di sebuah kedai emas di Penang semasa sedang menjalani pengajian sepenuh masa Tuan  Haji Khurul Anuar mula berminat untuk meneroka peluang menerajui bidang perniagaan emas dan perak yang maju dan terulung di seluruh Malaysia. Sejak 2002, berkat usaha Tuan Haji Khurul Anuar kini  gelombang perniagaan Emas Anuar turut diluaskan dan diurustadbir oleh keluarga Tuan Haji Khurul Anuar sehingga telah berjaya membuka 27 cawangan di seluruh Malaysia.

Cawangan Emas Anuar Shah Alam yang turut dikategorikan sebagai Zon Tengah 1 sedang diuruskan oleh Encik Muhamad Izzuddin dan Puan Nurul Adila di bawah syarikat Adila Gold Sdn Bhd yang telah bertapak di Seksyen 7 Shah Alam sejak 2017. Dengan semangat yang sering disemai oleh  Tuan Haji Khurul Anuar kini cawangan yang ditadbir oleh Adila Gold Sdn Bhd  telah berkembang luas di seluruh Selangor sehingga berjaya membuka 9 cawangan.